Pada 27 Mei 2023 yang lalu, pasukan JRM Terengganu dengan kerjasama HQ JRM Holistik telah mengadakan event JRM Gegar Kelate. Event yang diadakan ini bertempat di Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu Kelantan.
Dewan Kompleks Balai Islam ini sudah didekorasikan dengan tema ala-ala tradisional. Bersesuaian dengan event ini yang menggunakan tema Melayu Klasik. Bukan sahaja hiasan di dewan, tetapi pihak penganjur turut mengenakan busana tradisional.
Peserta juga berpeluang untuk mendengar perkongsian ceramah daripada Ustaz Ahmad Dusuki bertajuk “Wanita Inspirasi Ekonomi Keluarga”. Ceramah ini amat bersesuaian dengan event ini kerana kebanyakan peserta yang hadir merupakan kaum wanita dan tanggungjawab wanita dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Di Event JRM Gegar Kelate, Bonda juga mengambil kesempatan untukmerasmikan produk terbaru JRM iaitu Flexy Drink dan Nutri Hi-B. Beliau menceritakan tentang produk terbaru ini dari segi formulasi, bahan yang digunakan dan manfaat untuk badan manusia.