Seramai 3 Orang Stokis (Master Stokis, Stokis Dungun, Stokis Kemaman) bersama 10 orang Pengedar JRM Holistik Terengganu berserta ahli keluarga keseluruhannya 36 orang telah menunaikan Ibadah Umrah pada 10-21 Oktober 2024 yang lalu.
Sebahagian pengedar ini juga adalah yang telah mendapat tajaan penuh dari stokis kerana telah mencapai pencapaian yang melepasi sasaran stokis pada tahun 2023.
Umrah ini team JRMT mendapat perkhidmatan premium daripada Mutiara Travel Sdn Bhd yang dibimbing oleh Ustaz Md Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang). Banyak pengisian ilmiah dan Sirah yang telah disampaikan oleh Tokku disamping bimbingan Ibadah Umrah.
Kesemua jemaah sangat berpuas hati ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Mutiara Travel yang.
Sepanjang Program Ziarah, jemaah juga telah melawat banyak tempat sejarah & sirah Perjalanan Rasullullah seperti :
- Sejarah Perang Uhud, Khandaq :
- Ghar Maharis (Uhud)
- Masjid Fasah (Uhud)
- Masjid ‘Ajimatu Syakhain
- Masjid Mustarah (Bani Harithah)
- Bi’r Ghars (telaga)
- Ladang Salman Al Farisi
- Masjid alFath
- Masjid Sajadah
- Gua Bani Haram
- Masjid Quba
2. Sejarah Badar :
- Telaga Rawha’ (بئر الروحاء).
- Telaga Syifa’ (بئر الشفاء).
- Masjid Al-Areesh (مسجد الأريش).
- Maqbarah Syuhada’ Badar (مقبرة شهداء بدر).
- Jabal Malaikat (جبل الملائكة)
3. Ekspedisi mendaki Gua Hera’
4. Kuliah & Jamuan Makan malam di Bukit Khandamah
5. Ziarah Taif
Disamping beribadah, umrah ini juga dapat merapatkan ukhwah antara semua jemaah. Alhamdulillah..