Pada 15 hingga 17 Ogos 2024 yang lalu, satu program Jutawan Bonda Retreat 2024 telah diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor.
Program ini melibatkan pengedar-pengedar daripada Team JRM Terengganu dan Team JRM Ampang. Program ini anjuran HQ JRM Holistik Sdn Bhd.
Seramai 57 orang pengedar dari team JRM Terengganu & 4 orang Stokis-stokis Terengganu telah menyertai program ini. Program ‘retreat’ ini bukan sahaja bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pengedar, tetapi juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengedar-pengedar & stokis yang terlibat.
Peserta-peserta yang menyertai program ini turut berkesempatan untuk menambah pengetahuan tentang Grow @TikTok serta perkongsian istimewa daripada pengedar-pengedar Top sales untuk dijadikan inspirasi kepada mereka.
Yang paling dinantikan, pengedar dapat mendengar sesi perkongsian eksklusif daripada pengasas JRM Holistik sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Kehadiran Bonda di program ini sangat bermakna buat para pengedar, kerana banyak ilmu yang dikongsi boleh dijadikan sebagai motivasi dan panduan.
Tidak lengkap program Jutawan Bonda Retreat 2024 ini tanpa malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini bertemakan Melayu Klasik dan semua peserta dikehendaki untuk memakai baju bertemakan kurung kedah. Menariknya tentang malam kebudayaan ini ialah semua kumpulan hendaklah membuat persembahan lagu berkaitan produk JRM Holistik dengan menggunakan lagu popular irama melayu.
Program kali ini telah memberikan impak yang positif kepada semua peserta yang terlibat. Mereka nampak lebih bersemangat dalam meningkatkan prestasi jualan sepertimana yang telah diinspirasikan sepanjang program ini berlangsung.