Sempena sambutan ulang tahun JRM Holistik ke-14, team JRM Holistik Terengganu telah menganjurkan trip ke Rumah Hutan, Terapi Alam. Trip yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disertai oleh ahli-ahli JRM Holistik Terengganu seramai lebih 80 orang, bermula 26 sehingga 28 September 2024.
Sambutan ulang tahun JRM Holistik ke-14 dimulakan dengan program ‘Meet&Greet bersama Bonda Rozita Ibrahim’. Semua ahli kelihatan teruja untuk berjumpa dan beramah mesra bersama pengasas JRM Holistik itu. Slot bersama Bonda Rozita Ibrahim ini sangat menarik kerana beliau berkongsi pelbagai tips kecantikan dan kesihatan yang beliau sendiri amalkan. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Bonda Rozita Ibrahim sebagai kenang-kenangan.
Semua peserta yang sudah mendaftar sebagai ahli akan menerima satu Kit Eksklusif. Peserta akan memperoleh beberapa jenis produk JRM dan baucer belian serta satu tiket ke Showcase Ella yang akan diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam pada malam 27 September 2024. Bagi peserta yang tiada tiket untuk ke showcase Ella atau memilih untuk tidak menyertai showcase ini bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada sebelah malam.
Semua peserta trip ini tidak melepaskan peluang untuk membeli belah pelbagai produk JRM Holistik, Rumah Hutan dan Merchandise by Bonda Rozita Ibrahim kerana harga yang ditawarkan sempena program ini sangatlah murah. Ditambah dengan baucer belian yang boleh didapati di dalam Kit Eksklusif, memang penuh tangan peserta-peserta dengan barang yang dibeli masing-masing.
Pada hari sabtu, semua peserta bebas melakukan apa-apa aktiviti sebelum bertolak balik ke Terengganu. Ada yang memilih untuk mengikuti program yang dianjurkan Rumah Hutan, dan ada yang memilih untuk menyambung urusan membeli belah di sana.
Tepat jam 3.00 petang, rombongan JRM Holistik Terengganu sebanyak 2 buah bas bertolak pulang ke Terengganu. Semoga semua peserta yang menyertai trip ini gembira dan berhasrat untuk datang ke Rumah Hutan lagi pada masa akan datang.
Jom sertai, trip daripada team JRM Holistik Terengganu ke Rumah Hutan Terapi Alam untuk merasai sendiri pengalaman menginap di Rumah Hutan, Terapi Alam di Batang Kali, Selangor.