Anugerah Pengedar bagi tahun 2022 telah diadakan di Dewan Maryami Sufi, Rumah Hutan pada 20 Oktober 2023. Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengedar bawah pasukan JRM Terengganu yang bersama-sama berjuang bersama JRM sepanjang tahun 2022.
Dewan Maryami Sufi yang tersergam indah dengan hiasan chandelier berjaya menyerikan lagi majlis yang dilaksanakan pada waktu mala mini. Bertajuk JRMT – Pillow Talk & Appreciation Night, majlis anugerah pengedar ini menetapkan tema baju tidur bagi program kali ini. Semua pengedar yang hadir turut sama mengenakan pakaian tidur mereka dan kelihatan lebih santai.
Majlis anugerah ini diserikan lagi dengan kehadiran Bonda Rozita Ibrahim. Kehadiran dan kata-kata motivasi daripada Bonda sangat membantu dalam meningkatkan semangat dan motivasi para pejuang pasukan JRM Terengganu.
Pada akhir majlis ini, satu anugerah baru telah diperkenalkan iaitu, Anugerah Permata Stokis. Anugerah ini diberikan kepada pengedar yang memenuhi kriteria
yang ditetapkan oleh stokis masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Puan Sornita (Permata Master Stokis, Puan Zaini (Permata Sub Stokis Dungun), Puan Nor Azlin (Permata Sub Stokis Besut/Setiu) dan Puan Sharifah Norhazimah (Permata Sub Stokis Kemaman).
Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah di JRMT Pillow Talk & Appreciation Night.