Yayasan Bonda Rozita Ibrahim dengan kerjasama stokis-stokis JRM Holistik Terengganu telah menjayakan satu program CSR di Terengganu pada 23 dan 24 Mei 2024. Terengganu sekali lagi dipilih sebagai penerima sumbangan daripada Yayasan Bonda Rozita Ibrahim.
Program CSR ini dimulakan dengan program Go to School yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah di Daerah Kuala Besut. Seramai lebih 300 orang pelajar sekolah menengah dan rendah telah menerima bantuan persekolahan yang disampaikan sendiri oleh Bonda Rozita Ibrahim.
Sementara menunggu ketibaan Bonda Rozita Ibrahim, pelajar-pelajar dihiburkan dengan permainan tarian ‘Chicken Dance’ dan teka-teki daripada krew-krew yang terlibat dalam program CSR ini. Pelajar yang berjaya menjawab teka-teki menerima hadiah produk keluaran Bonda Rozita Ibrahim. Tidak ketinggalan, seorang pelajar juga telah mendapat hadiah Charmello, iaitu produk baru keluaran JRM yang belum berada di pasaran.
Bonda Rozita Ibrahim turut berucap untuk menzahirkan penghargaan kepada warga pendidik di daerah Besut serta memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir. Pelajar-pelajar serta guru-guru tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama Bonda Rozita Ibrahim pada akhir program.
Pada waktu petang, krew Yayasan Bonda Rozita Ibrahim turun menziarahi rumah-rumah asnaf di sekitar kawasan Besut. Sebanyak 10 buah rumah asnaf telah menerima kunjungan Bonda Rozita yang turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk kelangsungan hidup mereka. Harapan kami melalui program CSR ini, sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban keluarga-keluarga asnaf ini.
Pada 24 Mei 2024, rombongan Yayasan Bonda Rozita Ibrahim tiba di Pasar Tani Kuala Besut untuk menyampaikan sumbangan kepada orang ramai yang mengunjungi pasar tersebut. Sumbangan ini terdiri daripada bantuan barang keperluan asas dan produk-produk JRM yang terpilih.
Orang ramai sudah mula beratur di depan khemah yang didirikan bersebelahan stesen bas Kuala Besut seawal jam 8.30 pagi. Peminat-peminat Bonda Rozita juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra dengan pengasas JRM itu.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penduduk Besut yang kurang berkemampuan. Terima kasih pengguna JRM dan terima kasih Bonda Rozita Ibrahim atas sumbangan yang telah diberikan.