Anugerah Pengedar 2023 yang diberi nama ‘Magical Moment : A Night to Remember’ telah diadakan pada 17 Mei 2024 di Raia Convention Centre, Kuala Nerus.
Semua pengedar hadir ke majlis dengan mengenakan busana yang sangat cantik dan bergaya. Berbeza dengan majlis anugerah pada tahun lepas yang bertemakan ‘Pyjamas Party’, tahun ini pengedar-pengedar mengenakan pakaian dan aksesori yang bersesuaian dengan tema iaitu ‘Princess Night’.
Anugerah ini ada acara tahunan bagi Team JRM Holistik Terengganu, bagi meraikan pengedar-pengedar yang telah berjaya melakukan peningkatan dalam jualan tahunan mereka. Pelbagai kategori telah dipertandingkan, termasuklah kategori baru iaitu ‘Best TikTok Sales Performance’ yang baru diperkenalkan pada tahun ini.
Pada tahun 2023, Stokis-Stokis JRM Holistik Terengganu telah memberi cabaran baru kepada pengedar-pengedar di bawah rangkaian JRM Holistik Terengganu, Anugerah Pakej Umrah bagi tahun 2024. Seramai 8 orang pengedar telah berjaya menyahut cabaran ini dan melayakkan mereka untuk menerima anugerah tersebut.
Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik disediakan bagi meraikan kehadiran para pengedar ke majlis ini. Kategori tambahan iaitu ‘Kategori Best Dress’ turut dipertandingkan bagi memeriahkan lagi majlis anugerah pengedar ini. Pemenang kategori ini dipilih melalui undian para pengedar. Majlis ini dihangatkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada tetamu jemputan, Puan Azie yang mempersembahkan 3 buah lagu iaitu ‘Set Fire to the Rain’, ‘Hero’, Gemilang dan Memori Tercipta.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pengedar yang hadir untuk memeriahkan event anugerah pengedar 2023 ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada semua Stokis-Stokis JRM Holistik Terengganu dan krew-krew atas kejayaan mengendalikan event ‘Magical Moment : A Night to Remember’.