Pada 23 September 2023 yang lalu, satu event anjuran pasukan JRM Terengganu telah diadakan. Event ini yang bertajuk Event JRM Gegor Tranung telah diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu.
Bonda Rozita Ibrahim berkongsi tentang info-info kesihatan dan kecantikan yang diamalkannya. Para peserta juga turut berpeluang untuk bertanyakan soalan berkaitan produk JRM serta info-info kesihatan yang berkaitan kepada Bonda.
Tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada pemain biola stylo Malaysia iaitu Aqmal Daniel. Beliau mempersembahkan 3 buah lagu untuk menghiburkan peserta sementara Bonda berhenti untuk berehat.
Peserta event ini juga berpeluang untuk mendapatkan produk-produk JRM, Rumah Hutan dan Deratu dengan harga yang sangat murah. Di penghujung event, peserta dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dengan Bonda Rozita Ibrahim beramai-ramai.
Terima kasih diucapkan bagi semua peserta yang hadir untuk memeriahkan event JRM Gegor Tranung ini. Semoga event yang akan diadakan di Terenggan akan berlangsung dengan lebih meriah di masa akan datang.