JRM Terengganu telah mengadakan satu trip ke Rumah Hutan Terapi Alam di Batang Kali, Selangor. Trip ini berlangsung bermula 25 Januari sehingga 27 Januari 2024 dan melibatkan lebih 30 orang ahli JRM dan pengedar JRM.
Peserta bukan sahaja boleh ‘healing’ di sini, tetapi mereka juga berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur seperti morning walk, Zumba, mandi Sungai, Rumah Hutan Tour, Spa dan Urutan serta slot eksklusif Bersama Bonda Rozita secara langsung.
Tidak lengkap trip ini tanpa bertemu dengan Bonda Rozita Ibrahim. Para peserta berpeluang untuk menemui dan mendengar kata-kata motivasi daripada Bonda sendiri. Bukan itu sahaja, Bonda turut berkongsi cara urutan menggunakan Skinzen Face Oil, produk terbaru JRM yang sedang hangat di pasaran.