Pada 28 April baru-baru ini, majlis sambutan hari raya peringkat Master Stokis JRM Holistik Terengganu telah diadakan bertempat di kawasan tempat parking depan Master Stokis JRM Holistik Terengganu.
Majlis sambutan hari raya ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan pelanggan-pelanggan JRM Holistik Terengganu serta penduduk sekitar.
Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan seawal jam 12 tengah hari. Pelbagai juadah yang bertemakan hari raya dihidangkan buat para tetamu.
Bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya ini, beberapa aktiviti turut diadakan seperti mengagihkan duit raya kepada tetamu cilik dan sesi pop kuiz berkenaan JRM.
Majlis ini turut mengalu-alukan pelanggan yang ingin melakukan belian produk JRM di Master Stokis JRM Terengganu. Ramai pelanggan mengambil peluang untuk melakukan belian pada hari tersebut. Tambahan pula, promosi Kurma Dhuha masih berlangsung pada hari itu.
Majlis ini yang berlangsung bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang berjalan dengan lancar. Diharapkan melalui majlis sambutan hari raya ini, orang ramai terutamanya penduduk setempat lebih mengenali jenama JRM dan menjadi pelanggan JRM yang seterusnya.